Search the web
Sign In
New User? Sign Up
OpenOffice-L10N-MY · OpenOffice untuk Bahasa Melayu
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Real people. Real stories. See how Yahoo! Groups impacts members worldwide.

Best of Y! Groups

   Check them out and nominate your group.
Having problems with message search? Fill out this form to ensure your group is one of the first to be migrated to the new message search system.

Messages

  Messages Help
Advanced
Apa Yang Menarik MSC Malaysia Open Source Conference 2009   Message List  
Reply | Forward Message #811 of 811 | Next >
Apa Yang Menarik MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Tarikh : 31 Mei hingga 3 Jun 2009
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang

Tempat :-

Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre
Tingkat 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman web : http://www.mscmalaysia.my/osconf

MSC MALAYSIA Client Contact Centre (CLiC)
1-800-88-8338 (within Malaysia)
+603 8315 3000 Email : clic@...

Laman Peminat Di Facebook
http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Con\
ference-2009/97810422651


MSC Malaysia Open Source Conference 2009 mengumpulkan hampir 87 orang penceramah
dalam dan luar negeri yang meliputi pelbagai tajuk dalam dunia teknologi dan
sistem maklumat (ICT). Tumpuan adalah diberikan kepada Open Source Software
(OSS). OSS merupakan satu pilihan dalam penyelesaian ICT yang perlu diambil
serius oleh pelbagai pihak di Malaysia.

Penceramah-penceramah dari syarikat-syarikat besar seperti Google, RedHat,
Novell, Microsoft, SUN, MIMOS, Canonical dan pelbagai lagi akan kongsikan
pengalaman dan ilmu untuk perkembangan OSS di Malaysia. Mengapa tidak anda?

Persidangan ini turut mengumpulkan penceramah-penceramah yang membina sendiri
perisian mereka dengan OSS. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang
Python, Perl, Java dan pelbagai lagi ini merupakan tempat dikumpulkan kumpulan
pakar ini.

Persidangan ini turut menyediakan penceramah yang meliputi bidang sokongan
kepada pembinaan perisian seperti keselamatan ICT dan infra sokongan seperti
sistem cluster dan DNS.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi
http://www.mscmalaysia.my/osconf

Semua diatas adalah dengan bayaran penyertaan yang teramat murah bagi
persidangan sebesar ini. 4 hari penuh acara dalam 3 bahagian serentak dan satu
hari percuma untuk semua, adalah pada Hari Hackathon. Makan dan minum turut
disediakan.

Pendaftaran persidangan keseluruhan masih dibuka sehingga 1 Jun 2009.
Pendaftaran awal membolehkan anda mendapatkan pelbagai barangan cenderamata yang
stok adalah terhad.

*** Masuk Percuma Hari Hackathon ***

Hari Hackthon Sempena MSC Malaysia Open Source Conference 2009 merupakan hari
dikumpulkan semua komuniti-komuniti OSS Malaysia. Hari Hackathon pada Ahad. 31
Mei 2009 merupakan acara permulaan kepada persidangan ini. Berlangsung di tempat
yang sama, Tkt 14, Berjaya Time Square. dan masuk adalah percuma untuk semua.
Maka datanglah beramai-ramai.

Kepada anda yang tidak dapat hadir sepenuhnya hari persidangan, ambil peluang
Hari Hackathon untuk bertemu dengan para penceramah-penceramah luar negeri yang
tiba lebih awal. Berkenalan dengan penceramah dari PCBSD, Google, Ubuntu, Novell
dan ramai lagi.

Ambil peluang untuk belajar dan mengetahui banyak perkara kerana Hari Hackathon
menyediakan pelbagai acara serentak. Antaranya :-

Kelas pembangunan perisian dalam OSS, oleh ketua projek Adempire ERP. Menarik
untuk anda yang berminat untuk menyumbang dalam dunia OSS atau kepada
syarikat-syarikat yang mahu mempelajari pembangunan cara OSS yang kini menjadi
"trend" banyak syarikat-syarikat ICT. Anda juga boleh menangi pakej ke mana-mana
dalam dunia bagi yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Adempire ERP.
Datang sertai untuk mengetahui dan menyertai.

Bagi yang ingin mencuba Sistem Operasi dalam OSS seperti Linux, BSD dan
OpenSolaris, sebuah dewan besar disediakan untuk Installfest. Pelbagai pilihan
Linux disediakan seperti Ubuntu, Fedora dan OpenSuse. Ini termasuk sistem
operasi seperti PCBSD dan OpenSolaris. Jangan terkejut, kerana semua sistem
operasi ini mula menguasai pasaran komputer seluruh dunia.

Bagi yang menghadapi masalah dalam penggunaan Linux seperti Ubuntu, Open Suse
dan Fedora, dan juga PCBSD, bawa komputer anda dan berjumpa dengan kumpulan
pakar dalam komuniti dan semuanya adalah percuma.

Bila lagi, setahun sekali ini komuniti-komuniti Linux dan OSS berkumpul.

Ubuntu turut mengadakan Ubuntu Release Party sempena keluaran Ubuntu versi 9.04
pada malam hari Hackathon. Jemput hadir.

Hari Hackathon turut menjadi hari akhir bagi pertandingan LAMP2WIN. Pertandingan
yang mempamerkan kemahiran perserta dalam PHP untuk membolehkan aplikasi PHP
menggunakan Microsoft MSSQL. Undi kumpulan yang anda minat, tanya mereka apa
yang anda ingin tahu. Yang penting pastikan semuanya menjadi OSS. Kehadiran anda
adalah penting.

Bagi anda yang terlibat dengan pembangunan aplikasi web tentulah soal
keselamatan adalah keutamaan anda. Server kena crack? Server kena tukar halaman
depan, server menghantar email spam semua itu adalah masalah keselamatan. Hari
Hackathon menyediakan satu dewan khusus untuk anda bertemu dengan pakar
keselamatan dari MyCERT, Cybersecurity. Bawa komputer riba anda dan belajar
daripada mereka apa yang anda perlu tahu, Percuma.

Redhat turut menyumbang dengan mengadakan satu acara sehari yang merangkumi
pelbagai topik bagi anda yang berminat dengan Fedora. Untuk makluman,
topik-topik ini tidak hanya khusus untuk Linux Fedora malah ia boleh disesuaikan
Ubuntu, Open Suse dan Linux yang lain, malah PCBSD dan OpenSolaris juga.

Bagi mempelbagaikan lagi Hari Hackathon, Jobstreet turut membuka ruang
pendaftaran, penerangan dan bengkel. Daftar untuk mencari pekerjaan yang lebih
baik yang mungkin anda tidak ketahui. Maka apa lagi, dalam ekonomi yang lesu ini
masih ada peluang dalam pasaran pekerjaan.

Semuanya percuma pada Hari Hackathon kecuali makan minum anda perlu beli
sendiri. :) Makanan dan minuman ringan hanya disediakan kepada peserta berdaftar
penuh sepanjang hari-hari persidangan.

Acara kemuncak bagi MSC Malaysia Open Source Conference 2009 adalah perasmian
"Open Source Developers Club" di Malaysia atau ringkasnya OSDC.my. Ia akan
dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir dan ia merupakan satu permulaan kepada satu
usaha membangunkan industri pembangunan perisian Malaysia dalam OSS. Jika
sebelum ini kita hanya pengguna, sudah sampai masa untuk menjadi penyumbang.

Buktikan kepada syarikat-syarikat besar seperti Google, RedHat, Novell dan
pelbagai lagi. Malaysia Boleh !!!

Secara ringkasnya Persidangan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 ini
jangan dilepaskan oleh sesiapa. Sama ada pengguna atau peminat OSS atau tidak ia
adalah ruang ilmu untuk meningkatkan lagi kemampuan rakyat Malaysia dalam bidang
ICT. Kita boleh buktikan kita mampu dan boleh.

Tiada alasan untuk tidak hadir kerana tiada ada lagi persidangan seperti ini.

Lain-lain rujukan

Portal Sokongan Komuniti OSS Malaysia
http://www.mscoscon.my/

Acara ini disokong oleh OSCC MAMPU
http://knowledge.oscc.org.my/events/msc-malaysia-open-source-conference-2009

Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856

MSC Malaysia Open Source Group
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399

Lamp2win
http://www.lamp2win.com/

Archive
http://blog.harisfazillah.info/2009/05/apa-yang-menarik-msc-malaysia-open.html




Sat May 23, 2009 6:24 pm

penampan
Offline Offline
Send Email Send Email

Forward
Message #811 of 811 | Next >
Expand Messages Author Sort by Date

Apa Yang Menarik MSC Malaysia Open Source Conference 2009 Tarikh : 31 Mei hingga 3 Jun 2009 Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang Tempat :- Berjaya Times Square...
penampan
Offline Send Email
May 23, 2009
6:24 pm
< Prev Topic  |  Next Topic >
Advanced

Copyright © 2009 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines - Help