Selamat datang ke 'ASTROMAS - kumpulan peminat astronomi'. Bagi yang baru mengenali laman Astromas, groupmail ini ditubuhkan sebagai pelengkap kepada laman astromas. Laman Astromas yang boleh dikunjungi di http://astromas2020.blogspot.com adalah merupakan laman astronomi amatur yang ditubuhkan secara sukarela untuk dijadikan tempat berkongsi maklumat dan minat kepada semua tidak kira siapa pun anda.
Seperti namanya, mailinglist ini ditubuhkan untuk menjadi wardah pemberitahu pelayar-pelayar setia laman web Astromas agar tidak ketinggalan akan peristiwa dan berita semasa dunia astronomi. Tidak lain tujuannya adalah agar semua di luar sana dapat menghayati dan mengikuti pelbagai peristiwa astronomi secara sendiri mahupun secara berkumpulan dengan berpandukan serba sedikit maklumat yang dibekalkan oleh laman Astromas.
Untuk memastikan mailinggroup Astromas ini terus aktif, diharapkan para pelayar sekalian terus menyokong dengan turut aktif dalam berkongsi maklumat mengenai dunia astronomi menerusi mailgroup ini dan juga laman astromas. Namun ingin diingatkan di sini agar mailgroup ini tidak disalah gunakan sebagai medan untuk mengiklan sebarang bisnes kecuali yang berkaitan dengan astronomi.
Sekian dari saya,
Wassalam,
ASTROMAS,
Astronomi Untuk Semua.
http://astromas2020.blogspot.com
Bersempena Program Amal Inspirasi Aspirasi Negara anjuran Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia & Dewan Penginapan Pelajar Tradewinds,
PengumumanKonvensyen Falak Selangor 2008 Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Konvensyen Falak
Kertas dinding 1Untuk menjadikannya sebagai latar belakang desktop anda, klik pada imej untuk mendapatkan resolusi 1024 x 768, kemudian klik kanan dan pilih