
Ko nak TheSkyPE untuk Pocket PC (windows mobile 2005/2003SE/2003)?
Kena beli atau ko orang
muat turun kat sini
angkasatuhinggasembilan
email jika ada masalah..
-------------------------------
ASSALAMUALAIKUM;
saya nak tanya sikit
kat mana (website dll), nak dapatkan software free macam planeterium dsb
sofware tersebut utk kegunaan PDA Pocket PC.
sekian wassalam
ahmad
----- Original Message -----From: Azam NoorSent: Wednesday, January 17, 2007 3:43 PMSubject: [falak-net] PENGUMUMAN STARRY NIGHT
Salam dari saya selaku founder Siber-Falak,Sempena dengan kedatangan Komet McNaught pada tahun ini, terdapat pertanyaan daripada ahli-ahli siber-falak dan juga falak-net yang mengajukan pertanyaan kepada saya untuk mendapatkan software Starry Night 4.5 (SNP 4.5) memandangkan software ini boleh menjejaki komet berkenaan dengan mudah dan berkesan.Oleh kerana SNP 4.5 sudah tidak dijual lagi oleh pihak Space.com ataupun Imaginova dari Kanada semenjak keluarnya versi SNP 5.0 pada akhir tahun 2003 lalu maka ia sudah dihentikan pengedarannnya berkuatkuasa dari awal tahun 2004 lagi.Pada tahun 2006, pihak Imaginova telah mengeluarkan software Starry Night Pro 6 dan Starry Night Pro Plus 6.Walau bagaimanapun, software SNP 6 ini amat mahal, dengan harganya menjangkau USD 149.95 tidak termasuk kos pos. Berdasarkan tukaran semasa nilai wang Malaysia dengan Amerika, bermakna SNP 6 berharga RM 554.80. Penghantaran dari Kanada menggunakan Federal Express (FedEx) akan menambahkan kos berdasarkan berat barangan sebanyak USD 35 bagi setiap satu bungkusan. Ini bermakna, anda perlu membelanjakan sebanyak RM 684.30 bagi SNP 6.Oleh itu saya berhasrat untuk membantu ahli yang terlalu kepingin sangat ingin memiliki software Starry Night ini.Untuk memesan software SNP 4.5, ahli-ahli boleh memesan terus kepada saya dengan menyertakan nama dan alamat selain bayaran sebanyak RM 5 (sekeping CD) dan kos pos ekspress sebanyak RM 3 berjumlah RM 8.Manakala sesiapa yang berminat untuk memesan SNP 6.0.3 ataupun 6.0.4 perlu menyediakan bayaran sebanyak RM 15 (sekeping DVD) dan kos pos ekspress sebanyak RM 3 berjumlah RM 18. Namun begitu, SNP 6 ini adalah terhad kepada siapa yang cepat dia dapat sebab saya hanya membuat salinan yang begitu sedikit dan itupun bukan untuk tujuan bisness, hanya untuk membantu antara ahli yang sukar mendapatkannya.Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan SNP 4.5 ataupun SNP 6, bolehlah menghubungi saya.Sekian, harap maklum.Terima kasih.
