Wa'alaikum salam, Selamat Hari Raya Aidil Fitri kembali,
Ya memang lama saya tak menulis dalam falak-net. Maklumlah sekarang dah sampai masa cari rezeki terbaik (orang kata dah sampai seru), kena buat bisnes sikit barulah hidup bahagia. He he he.
Saya kerja hanya dua minggu kat Muzium USM sebelum diserap ke Unit Falak USM. Tapi kedua-dua kerja hanyalah part time jer. Masa kat Muzium USM kerja sebagai Kurator Sambilan. Sekarang kat Uni Falak USM sebagai Pegawai Sains Sambilan bermula dari 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009.
Oleh kerana saya bekerja sambilan, saya terfikir ada baiknya saya daftar syarikat kecil mengkhusus dengan artifak-artifak astronomi ni. Alhamdulillah, dengan pengalaman saya bekerja di Brunei tahun lepas di bawah majikan Dr. Hj. Abdul Manan Embong dari Galeri Warisan MAR Terengganu dapatlah saya belajar sedikit selok-belok perniagaan dari beliau yang memang diakui sebagai pengedar artifak astronomi terkenal untuk Jabatan Mufti Brunei. Tapi kalau nak beli artifak astronomi dari Dr. Manan agak susahlah sikit sebab dia "international" dan dealing business dengan orang tertentu sahaja. Jadi, saya fikir ada baiknya saya cari stokis sendiri dan jadi pengedar artifak malahan ini adalah lebih baik dan menguntungkan dengan tujuan untuk membantu mana-mana pihak yang berminat mendapatkannya untuk apa jua pameran astronomi di Malaysia. Lagipula belum ada pasaran artifak astronomi Islam di Malaysia. Saya perlu mencuba pasaran ini. Cikgu Kassim Bahali ada contact saya kata berminat dengan artifak astronomi ini. Bolehlah beliau beli artifak ini dan letak kat Balaicerap Khawarizmi, Melaka. Saya haraplah. Lagipula saya tak jual mahal sangat, kira sesuailah dengan nilai eksotika barang ni.
Jika ada sesiapa yang berminat bolehlah contact saya. Kena tempah dari saya dulu sebab saya belum simpan stok dan saya kena order barang ni dulu dari stokis kat India sana. Stokis ni pulak hanya mau layan dengan orang yang dia kenal saja. Kalau tidak jangan harap dia nak layan. Dia akan kata tak jual dan sebagainya. Nasib saya baik sebab Dr. Mana kenal dengan stokis ni. Jadi, jika ada sesiapa yang berminat tu jangan tunggu lama-lama sebab stok tak tentu akan ada atau tidak. Kalau stok habis, mereka kena buat lain dan ambil masa lama sebab kerja-kerja yang dibuat adalah hand-made dan bukan guna mesin. Walaupun ia banyak yang replika tapi tahap kejituan dan kehalusan memang sangat mengkagumkan dan kenapa Jabatan Mufti Brunei sangat menghargainya dan membelinya dalam jumlah yang sangat banyak sekali!!
Apa yang pasti ialah keagungan tamadun Islam lampau memang hebat dan perlu ditatapi oleh kita betapa ilmu falak Islam cukup sempurna dengan kehadiran alatan artifak astronomi yang diciptakan oleh ilmuwan Islam dahulu. Betapa keinsafan saya apabila melihat artifak sebegini cukup mengujakan. Maksud saya, dengan ilmu kita pada hari ini masih dianggap sukar menandingi taraf pemikiran ilmuwan Islam lampau... subhanallah.
Insya Allah, saya akan bawa beberapa artifak untuk pameran dan jualan itupun jika sempat (jika stokis berkenaan sempat mengirimkannya untuk saya). Mungkin hari Jumaat akan sampai Tanjung Malim ikut gang Unit Falak USM.
Sekian, wassalam.
Azam,
Pengkaji dan Penjual Artifak Astronomi Islam.
----- Original Message -----From: ShahTo: azzameen@...Sent: Tuesday, October 07, 2008 10:40 AMSubject: Re: [falak-net] KATALOG ARTIFAK ASTRONOMI ISLAM (TERBARU)Salam Azam,
Lama tak dengar berita! Selamat Hari Raya AidilFitri! Dengar cerita sekarang bekerja di Muzium USM? Menarik jugak tengok artifak yang nk dijual tu. Ada banyak set ke? Saya tengah dok riki-riki jugak benda ni...
Harap masa UPSI nanti, boleh bagi banyak info. Lama tak borak2.. hari apa turun Tg. Malim?
Wassalam
-Shah-