Assalamu’alaikum Falak Netters dan Astronomi
Saya rasa terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang berhubungan artikel berkenaan “Penanggalan Lunar” karangan Dade Arinto bagi Siri 5 dan 6 yang telah tersiar bagi edisi email ini.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada saudara Dade Arinto kerana berupaya menghuraikan dengan begitu panjang lebar sekali isi serta makna penanggalan lunar yang dipakai secara rasminya oleh umat Islam. Saya kagum dengan jadual kalendar yang telah beliau susunkan yang satunya ialah menggunakan metod NUCLEAR untuk konversi dari hijrah ke masehi dan sebaliknya.
Namun saya meminta maaf kerana ada beberapa kekeliruan di pihak saudara yang saya rasa perlu diperbetulkan agar selari dengan kefahaman sebenar yang sepatutnya. Walaupun artikel saudara semuanya tepat belaka tetapi ada sedikit kekeliruan pembaca dalam falak-net ini yang kurang faham makna ‘pergantian musim tidak secocok’ dan ‘kerana tidak permanent’ dalam artikel anda. Jadi, saya berharap artikel saya ini dapat memberikan penjelasan sampingan untuk kemantapan fahaman. Insya Allah.
Tahun Syamsi (Solar Year) adalah sistem pembilangan hari dalam setahun bumi mengelilingi suria yang berjumlah sebanyak 365 hari bagi tahun basitah (biasa) dan 366 hari bagi tahun kabisah (lompat). Pembilangan ini berpunca dari lama masa bumi mengelilingi matahari selama 365 hari 5 jam 48 minit 45.30 saat (atau 365.2421909722 hari). Adakah lama masa yang tidak genap ini (365.2421909722 hari) boleh digunakan untuk menetapkan setahun secara hakiki? Tentulah tidak boleh kerana masakan kita boleh meletakkan nilai 5 jam 48 minit 45.30 saat sesuka hati pada mana-mana tahun yang kehadapan (next year). Maksud di sini ialah tidak boleh berlaku anjakan 5 jam 48 minit 45.30 saat ini dibawa ke tahun sesudah tahun yang baru berlalu (previous year). Sebagai contohnya tahun 2001 ke 2002 merupakan dua tahun yang masing-masing berjumlah 365 hari setahun. Ini adalah tetap melainkan jika tahun tersebut dianggap tahun lompat yang akan mengandungi 366 hari setahun.
Oleh kerana kesukaran untuk meletakkan 5 jam 48 minit 45.30 saat ini, maka hanya ada satu cara iaitu: bagi selama empat tahun berturut-turut nilai ini akan terkumpul menjadi 23 jam 15 minit 01.20 saat atau hampir bersamaan dengan satu hari suria (23 jam 56 minit 04.099 saat) walaupun masih ada sedikit ralat tetapi ralat ini sebenarnya boleh dibuang secara tidak langsung dengan membuat perhitungan astronomi kedudukan sebenar posisi matahari pada setiap 21 Mac ketika titik awal Hamal setiap tahun.
Oleh yang demikian itu, tidaklah dapat dikatakan bahawa matahari itu sememangnya berada pada tarikh 21 Mac di khatulistiwa sedangkan kadang-kadang mungkin 20 ataupun 22 Mac. Begitu juga titik terdekat (perihelion) yang kadang-kadang pada 2, 3 ataupun 4 Jan manakala titik terjauh (afelion) yang kadang-kadang pada 6, 7 atau 8 Julai setiap tahun. Anjakan ini mengambil masa yang lama untuk benar-benar ketara untuk menyebabkan satu koreksi atau pembetulan pagi pembuangan hari yang disebabkan oleh slight error masa 0.2421909722 hari tadi.
Perlulah diketahui bahawa kaum Romawi merupakan pengasas bagi kalendar suria ini tetapi mereka melalui satu zaman yang cukup lama untuk established sistem yang benar-benar boleh digunakan secara berkesan dan dapat mendisipkan manusia. Jika anda membaca sejarah komplot aristokrat di Rom pada masa lampau, akan diketahui bahawa terdapat golongan yang korup dan menyalahgunakan kuasa secara keterlaluan. Ini berlaku kerana sistem kalendar awal yang tidak bersistem di mana pada Kalendar Pompilius, jumlah hari dalam setahun adalah 355 hari (sama dengan kalendar lunar tetapi berbeza dari satu bulan ke bulan yang lain) menjadikan mereka menekan golongan bawahan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya tanpa menurut ketetapan hari.
Penyalahgunaan kuasa oleh golongan berkepentingan ini menyebabkan kemarahan Julius Caesar hingga beliau berusaha untuk mewujudkan satu kalendar yang agak accurate yang mengandungi 364 atau 365 hari bertujuan untuk mengatasi masalah birokrasi, protokol dan ketidakadilan golongan tadi mulai tahun 42 SM. Inilah tujuan bagaimana Kalendar Julian diwujudkan yang untuk mendisiplinkan kaum Romawi waktu itu yang hasilnya mereka menjadi salah satu bangsa yang cukup berdisiplin dan unggul di dunia.
Bertitik-tolak dari ini, kita juga akan membaca fakta sejarah berkenaan penggubalan sistem kalendar ini yang terkemudian yang bertujuan untuk mempersesuaikan dengan revolusi orbit bumi mengelilingi matahari. Soal kaum Romawi waktu itu masih menganggap matahari mengelilingi bumi merupakan satu persoalan yang lain kerana walau “matahari mengelilingi bumi”, jumlah setahun masih tetap 365 hari. Akan hal ini kita
Manusia selalunya mencerap cakerawala untuk mendapatkan kepanjangan hari dan musim secara pasti. Justeru itu, kewujudan balaicerap akan lebih memudahkan penetapan jumlah hari dalam setahun ini (dalam konteks hari suria). Tujuan balaicerap purba bukannya seperti balaicerap moden di mana balaicerap purba tidak ada teleskop untuk mencerap bintang melainkan ia dibina untuk menjejaki satu-satu bintang yang berada segaris dengan satu saluran tiub yang memanjang dalam balaicerap (contohnya balaicerap purba Maraghah di Iran). Katakan pada ekuinoks di bulan Mac pada tahun tersebut, di mana matahari ditargetkan tepat membetuli pada saluran ini telah ditandakan dengan cat ataupun apa-apa penanda yang sesuai. Si pencerap akan menghitung detik ke detik sehinggalah matahari tepat membetuli kembali titik yang ditanda sebelum ini pada setahun yang berikutan. Hasilnya, kepanjangan tahun ekuinoks boleh diketahui dengan tepat, ini membolehkan sarjana seperti Al Biruni memperolehi nilai 365 hari 5 jam 46 minit yakni tercepat 2 minit 45.30 saat dari nilai moden. Ini amat dibanggakan!
Justeru itu, pengamat perkalendaran waktu itu sudah pasti saja memperolehi kepastian untuk
Atas nasihat Christopher Clavius (1537 – 1612 M), ahli kajibintang Balaicerap Gereja Vatican maka Pope Gregory XIII (1572 – 1585 M) dari Bologna, Italy mencuba untuk memperbetulkan ralat 10 hari yang telah berlaku ini. Hasilnya, penyelarasan ini dicuba dengan memotong tarikh 5 Oktober hingga 14 Oktober 1582 (sebab itu tidak ada dalam kalendar Gregorian 10 hari ini!). Dengan itu, 4 Oktober 1582 dan sebelumnya merupakan taqwim Julian manakala dari 15 Oktober 1582 hingga ke masa kini dianggap taqwim Gregorian.
Dunia Islam tidak mengalami apa-apa kesan yang ketara atau sampingan dengan penyelarasan ini pada waktu itu kerana umat Islam memakai taqwim Islam secara teguh tanpa apa-apa gugatan walaupun tarikh 4 Oktober 1582, hari Khamis bersamaan 17 Ramadhan 990 Hijrah dan 15 Oktober 1582, hari Jumaat adalah bersamaan 18 Ramadhan 990 Hijrah yang bermakna umat Islam waktu itu tidak pun mengurangi hari mereka berpuasa selama 10 hari!!
Secara tegasnya, inginlah saya menyatakan bahawa tidak berlaku apa-apa masalah terhadap umat Islam seluruh dunia walau dengan adanya kalendar Masehi ini sejak berkurun-kurun yang lalu kerana kita telahpun sedia menggunakan taqwim lunar semenjak digubal secara rasmi (untuk segala apa jua urusan keagaaman) oleh Saiyidina Umar Al Khattab sewaktu beliau menjadi khalifah Islam yang ke-3 seawal-awal tahun 20 H atau 641 M lagi sedangkan kalendar Masehi telah mengalami masalah lebihan satu hari seawal-awal tahun 136 M (setelah 128 tahun kemudian) yang hanya berupaya dikesan pada abad ke-13 (mulai tahun 1288 M) dengan ralat 10 hari apabila diberitakan bahawa Roger Bacon telah menyedarinya lebih awal malah pernah menulis surat kepada Pope Urban IV (1261 – 1268 M, dari Troyes) dalam tahun 1263 M berkenaan masalah ini. Namun, cuma pada tahun 1475 M, Regiomontanus telah dialu-alukan oleh Pope Sixtus IV (1471 – 1484, dari
Menarik untuk saya catatkan di sini ialah ramalan pertukaran Kalendar Julian ke Gregorian telah diramalkan dengan tepat sekali oleh Michel de Nostradame @ Nostradamus (1503 – 1566 M) ahli astrologi terkemuka dunia dari Perancis dalam buku karyanya ‘Century’ dalam quatrain ke-XLII-nya: “Le dix Kalende d’Auril de faict Gotique, Refufcite encor par gens malins, Le feu eftainct affemblee diabolique, Cherchant les os du d’Amant & Pfelin.” (The tenth day of the April Calends, calculated in Gothic fashion, is revived again by evil people. The fire put out, the diabolic gathering seek the bones of Amant and Pselin.”). Maksud Nostradamus ialah pada tahun 1582 M, kalendar Julian ditukarkan kepada Gregorian (stail Gothic); 10 Kalend bagi April yang beliau maksudkan pula adalah hari ke-10 di mana ‘Kalend’ merupakan hari pertama bagi bulan Rumawi. Justeru apabila kalendar Gregorian diperkenalkan, 10 hari terpaksa dibuang yang mana kebanyakan penduduk Eropah mahukan ‘sepuluh hari mereka dikembalikan’ yang bermakna ia menjadi 1 April 1554 M (menurut tarikh Gregorian) iaitu hari Good Friday yang menjadi hari ‘ajaib’ bagi kebanyakan hari mereka. Pada tarikh
Ingin saya memetik kembali perenggan di bawah dari rencana Dade Arinto:
“Kalender Julius Caesar diperbaiki Paus Georgery VIII setelah 16 abad, dan perbaikan itu sudah berlangsung 4 abad, karenanya sekarang wajar sekali timbul pendapat yang menyatakan pergantian musim tidak cocok lagi dengan penanggalan Masehi. Penanggalan inilah yang dimaksud ALLAH pada Ayat Suci:
9/37. Bahwa pengunduran (dengan kalender musim) ialah penambahan dalam kekafiran. Dengannya disesatkan orang-orang kafir. Mereka menghalalkannya pada satu musim dan mengharamkannya pada satu musim untuk menguasai bilangan yang ALLAH haramkan, lalu menghalalkan yang ALLAH haramkan. Dihiasi untuk mereka kejahatan amal mereka dan ALLAH tidak menunjuki kaum kafir.
Ingatlah bahwa sesudah tanggal 4 Oktober 1582 harus ditulis tanggal 15 Oktober 1582 dan selanjutnya. ALLAH melarang orang memakai penanggalan didasarkan atas pergantian musim, karena tidak permanen bahkan selalu makin berkurang waktunya, menguntungkan penduduk belahan utara untuk sementara tetapi merugikan penduduk di selatan untuk selamanya, apalagi di daerah kutub di mana satu tahunnya terdiri dari satu siang dan satu malam. Penanggalan itu menghilangkan nilai empat bulan terlarang yang pada awal abad 15 Hijriah hampir tidak dihiraukan oleh orang-orang Islam sendiri karena masih melakukan buruan di daratan Bumi pada bulan-bulan itu. Dan yang paling terkesan ialah bahwa penanggalan musim itu telah memperbanyak hari libur di antara masyarakat Islam, ditambah dengan wajib puasa pada bulan Ramadhan. Dinyatakan bahwa penanggalan musim itu selaku pengunduran yaitu mengundurkan jumlah hari setahun dari 355 menjadi 365 pada abad 15 Hijriah, dan dinyatakan penambahan dalam kekafiran karena penanggalan itu menyebabkan tanggal-tanggal penting dalam Islam jadi tidak menentu, tida ada kepastian. Penanggalan itu juga yang menyebabkan orang berlibur mingguan terbukti dengan nama Friday dan Sunday yaitu hari untuk libur lainnya waktu mana hukum Islam sulit terlaksana. Akhirnya pemakai penanggalan musim menghalalkan yang secara jelas diharamkan ALLAH itulah penambahan dalam kekafiran.”
Definisi saudara Dade menjadi menarik kerana membawa makna dalil Quran Surah At Taubah ayat 37 tersebut kerana firman Allah dalam ayat tersebut memang jelas dan benar bahawa tujuan orang Nasrani dan Yahudi mengubah perjalanan kalendar Julian ke Gregorian di atas jalan untuk sesuatu tujuan (baik atau jahat) yang mereka sendiri rencanakan (Nostradamus mengecop mereka sebagai evil people) namun begitu pengubahan ini bukanlah sahaja kerana tidak cocok dengan musim bahkan juga kerana titik awal Hamal tidak berada pada posisi sepatutnya di bulan Mac yang mana kaum Nasrani berhasrat untuk tidak mengubah perayaan BIDAAH SESAT mereka menurut kehendak mereka zaman-berzaman bilamana Rom dipengaruhi Kristian, maka anjakan tarikh Easter yang sebelumnya terikat dengan fasa-fasa lunar telah menimbulkan banyak masalah kepada mereka.
Oleh kerana ingin mempersesuaikan sesuatu yang sukar dipersesuaikan (difficulty to reconcile the irreconcilation), maka Council di Nicaea semenjak tahun 325 M lagi melalui penggubalan doktrin Kristian ortodoks telah memutuskan bahawa Easter mestilah jatuh pada hari Ahad (Easter Sunday) selepas bulan penuh Paschall pertama (Pesach atau Passover kaum Yahudi yang disambut pada bulan April setiap tahun Masehi bersamaan penghujung bulan Nisan Yahudi: tahun 2002 disambut pada hari Ahad, 7 April bersamaan 25 Nisan 5762 bagi kalendar Yahudi.
Inilah maksud Nostradamus kenapa beliau mengatakan sepuluh hari bagi bulan April telah dibuang yang merujuk kepada tarikh 1 April 1554 bersamaan 27 Nisan 5314 bilamana 10 April 1554 bersamaan 6 Iyyar 5314 telah dianggap terkeluar dari penghujung bulan Nisan untuk dianggap sebagai Passover.
Oleh kerana Easter Sunday berlaku selepas ekuinoks musim bunga 21 Mac yakni dalam awal bulan April tiap-tiap tahun maka sekiranya anjakan musim dibiarkan berlaku dalam Kalendar Julian yang telah banyak ralat ini (ralat 10 hari), lama-kelamaan Easter akan disambut pada pertengahan musim panas manakala hari Krismas akan dirayakan dalam musim bunga (tidak akan ada lagi White Christmas yang selalunya dalam musim salji di negara Eropah!).
Dalam ayat saudara Dade berikut:
“Sementara itu timbul pula perbedaan pendapat mengenai hari kelahiran Jesus yang dinyatakan 25 Desember, ada yang menyatakan 4 tahun sebelum tahun Masehi yang berlaku, hingga tahun 1990 kini haruslah ditulis tahun 1994.”
Memang terdapat perdebatan tentang kedapatan error dalam kalendar Masehi yang selama ini seluruh manusia di dunia gunakan. Hal ini merujuk kepada kriteria perbandingan yang telah dibuat dengan pentarikhan oleh Dionysius Exiguus, rahib kelahiran
Pentarikhan Exiguus Pentarikhan Kini Tahun Sekarang Tahun Sepatutnya
4 SM Kelahiran Isa 1990 1993
3 SM 3 SM 1991 1994
2 SM 2 SM 1992 1995
1 SM 1 SM 1993 1996
Kelahiran Isa 1 M 1994 1997
2 M 2 M 1995 1998
3 M 3 M 1996 1999
4 M 4 M 1997 2000
5 M 5 M 1998 2001
6 M 6 M 1999 2002
7 M 7 M 2000 2003
8 M 8 M 2001 2004
9 M 9 M 2002 2005
Pentarikhan di atas memberikan penjelasan bahawa menurut kaedah Exiguus, kelahiran Nabi Isa diperkatakannya adalah jatuh pada tahun 1 Masehi sedangkan menurut kajian sejarawan Barat sekarang, ia jatuh pada tahun ke-4 Sebelum Masehi. Hakikat ini telah memperlihatkan mereka (Barat)
Memang amat tepat firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 36 bahawa orang-orang kafir sentiasa suka memandai-mandai dalam serba-serbi yang dalam erti kata untuk mempersusahkan segala perkara (bersifat evil people). Jika kaum Nasrani mengatakan tahun yang kita gunakan perlu ditambah tiga tahun kehadapan tetapi tidak dengan kaum Yahudi bilamana mereka fikir tahun 1999 adalah tahun 2001.
Tidak terfikirkah anda bahawa ramalan Nostradamus:
“L’an mil neuf cent nonante neuf sept mois,
Du ciel viendra un grand Roi d’effrayeur,
Ressusciter le grand Roi d’Angolmois,
Avant apres Mars regner par bonheur.”
Maksudnya
“In the year 1999, seventh month,
From the sky will come a great King of Terror,
To bring back to life the great King of the Mongols,
Before and after Mars to reign by good luck.”
Seventh month atau bulan ke-7 (neuf sept mois) yang dimaksudkan oleh Nostradamus bukanlah Julai dalam ertikata literasi bahkan memang bulan September. Berdasarkan sambutan tahun baru Yahudi adalah dalam bulan September setiap tahun Masehi, tampak kepada kita satu bukti yang tersirat bahawa tarikh 11 September 1999 (1 Tishri 5760) menjadi satu perancangan mereka untuk meranapkan World Trade Center (WTC) di New York pada 11 September 2001 (23 Elul 5761) yakni seminggu sebelum perayaan tahun baru mereka pada 18 September 2001 (1 Tishri 5762)!!
Cuba anda sekalian rujuk balik kepada artikel saya berkenaan "Surah At Taubah dan WTC" dengan klik di sini:-
http://groups.yahoo.com/group/falak-net/message/400
dan satu lagi yang tidak kurang pentingnya:
http://groups.yahoo.com/group/falak-net/message/412
Blok-blok batu di dalam piramid Giza, Mesir atau disebut ‘pyramid inch’ tersusun dengan begitu ajaib sehingga berupaya membuat perwakilan bongkah batu kepada tarikh 17 September 2001 pada penghujung laluan yang terbuka ke makam firaun untuk mengkhabarkan kepada manusia bahawa dunia akan mengalami peristiwa global terbesar selepas tarikh ini. Apakah peristiwa itu?
Sekian, wassalam. Hanya Allah-lah pembuka dan pemberi kebenaran kepada kita (umat Islam) terhadap segala perancangan jahat kaum musyrikin.
Wallahu'alam bil ghaib.
______________________________________________________________________
Sila rujuk kembali kepada artikel saya dengan klik di sini:
http://groups.yahoo.com/group/falak-net/message/386